Perintis…. Kini Tiada Lagi Di Hati.

March 20th, 2007 by rodzahn-shinichi

4u2c_2 Suatu ketika dahulu, ketika aku di bangku sekolah rendah, muzik rap pernah mewarnai industri muzik tanahair. Pada awal tahun 1992, perintis muzik ketika itu, kumpulan 4u2c, yang amat popular dengan lagu Fiona. Kumpulan ni amat popular ketika itu, mempunyai ramai peminat, rata² daripada gadis² remaja. Bila kumpulan ni berjaya dengan muzik yang dibawa, ada la yang kumpulan lain yang ikut cuba muzik ni. Antaranya kumpulan KRU, Nico, Feminin, A to Z, KOOL, Nana Nurgaya dan lain². Tapi kini, semuanya tiada lagi. Yang tinggal hanyalah kumpulan KRU. Tapi kumpulan ni tidak lagi membawa irama rap.

Iwan_1 Pada tahun 1995, muzik dangdut pula berjaya bertakhta di hati peminat muzik tanahair. Perintisnya, Amelina. Lagunya yang popular, ‘Ah Rindu Lagi!’, menjadi siulan anak² muda ketika itu. Penjualan albumnya (bukan album gambar dia ye!) melebihi 100 ribu unit, sekaligus melayakkan menerima anugerah platinum berkembar. Ramai artis wanita yang ikut jejak kejayaannya, dan album yang mereka hasilkan (album dangdut), laris di pasaran tempatan. Malah, ada juga artis² wanita, yang dahulu albumnya tak laku (album pop), laris albumnya bila bertukar ke irama dangdut. Antara artis² yang seangkatan dengan Amelina ialah Sheeda, Haiza, Iwan, Ani Mayuni dan kumpulan Eva. Tapi kini, irama dangdut tak popular lagi. Yang tinggal hanyalah kelab malam disco dangdut saja…

Oag Pada penghujung tahun 1996, muzik alternative pula mewarnai industri muzik tanahair. Perintisnya, kumpulan OAG. Kumpulan ini memang popular ketika itu. Bila aku pergi tengok member aku jamming, pasti ada budak² lain jamming lagu OAG. Hebat betul aura OAG ketika itu. Macam biasalah, bila ada band yang success, ramailah yang nak ikut jejaknya. Kumpulan Exists & Amy Search pernah mencuba konsep alternative untuk album mereka. Ternyata ianya berjaya menambat hati peminat mereka. Tapi kini muzik alternative tidak lagi popular. Perintis muzik ni, OAG, muziknya kini lebih menjurus lagu yang mendayu².

Ketiga² muzik itu; rap, dangdut, alternative kini sudah tidak lagi lagi popular. Semuanya sudah tinggal dalam lipatan sejarah muzik tanahair. Selepas ini, siapakah perintis muzik genre baru? Sama² kita melihat…. dan mendengar!

Bookmark and Share

Blog Sana Sini!

February 8th, 2007 by rodzahn-shinichi

Aku tulis blog lagi! Kali ni pasal apa pulak? Hmm… tentang blog! Aku ada perhatikan blog² yang ditulis oleh setiap orang. Ada yang tulis pasal pengalaman hidup. Ada juga memberi pendapat tentang isu² semasa (selalunya tentang hiburan). Dan ada juga yang meletakkan lirik² lagu dalam blog mereka. Cara penulisan, ikut selera masing². Ada yang tulis skema, gaya SMS, dan tulis dalam BI.

Aku tulis blog, ikut pengalaman aku jer. Kisah² kenangan, memori manis, kisah² lucu terdahulu, dicoretkan dalam blog, tulis mengikut gaya aku sendiri. Kenangan pahit? Takkan aku coretkan kat sini. Biarlah saku simpan saja dalam hati. Kalau aku nak padamkan kenangan pahit, akan aku singkirkan melalui sistem perkumuhan! Hahaha… poyo jer!

Aku berminat baca blog, tentang traveling, sebab ianya dapat menambahkan knowledge dan kongsi pengalaman penulis itu. Blog² yang kerap aku lawati ialah blog yang menyediakan lagu² hits & lagu² popular dulu & yang terkini untuk dimuat-turunkan.
 

Bookmark and Share

Bukan Kerana Mee Goreng….

December 18th, 2006 by rodzahn-shinichi

Lu_pakai_lu_punya_laptptpu_1

Ah! Si Jaws ni ajak aku pergi CS (City Square), Johor Bahru. Ajak temankan dia trade–in handphone. Nak pakai handphone berkamera pulak! Sebagai balasannya, dia akan belanja aku makan mee goreng! Aku ikut ajalah, tapi bukan kerana mee goreng, sekadar temankan ja. Bukan apa, nanti bedebah ni merajuk lagi kalau tak temankan dia!

Pernah sekali  dia merajuk dengan aku, sampai seminggu. Bila tegur, dia buat bodoh ja! Gara² aku tak nak pergi tengok movie ‘Die Another Day’ dengan dia. Bukan apa, aku dah tengok cerita tu kat VCD, sebelum ditayangkan lagi. Kali ni aku teman jelah, kang tak pasal² lak nanti dia memutuskan tali persahabatan yang telah lama terjalin  sejak sama² kerja kat PTP (Port Tanjung Pelepas) ni. Hahaha…. haru!

Sampai kat CS, Jaws & aku cari kedai handphone untuk ditrade-inkan. Banyak pulak kedai handphone kat situ. Dalam banyak² kedai handphone, kedai amoi tu jugak menjadi pilihannya. Cis, mata keranjang jugak bedebah ni!

Amoi tu tanya kat Jaws, handphone mana yang nak ditrade-inkan. Si Jaws ni pilihlah handphone yang berkamera tu. Handphone berkamera, boleh main mp3 sekali.

Ketika dalam urusan trade-in, aku pun mencuba handphone baru Jaws. Sedang amoi tu sedang tulis resit, aku pun menangkap gambarnya. Amoi tu sound aku, ”Aiya lu ni, mau ambil gambar tunggulah gua senyum² dulu!”

Si Jaws amat berpuas hati dengan handphone barunya. Sedang dia belek² handphonenya, aku pun tanya amoi tu, berapa harga handphone yang berkamera tu. “Lapan ratus linggit saja dude!” kata amoi tu. “Mahalnya amoi, mana gua mahu cekau duit!” kata ku. “Lu pakai la lu punya PTPT-pu!” kata amoi tu sambil tergelak. Ceh, buat lawak pulak amoi ni.

“Jomlah kita pergi makan” ajak Jaws. Sebelum meninggalkan kedai tu, amoi tu bersuara, “Hey, sebelum lu olang pergi, belanjalah saya lokok,” “Kita orang tak hisap rokoklah amoi, rokok membahayakan kesihatan” kata si Jaws. “Ntah, apa barang rokok, curut la, baru nampak berstatus!” kata ku pula. Amoi tu tersengih ja macam kerang rebus.

Petang tu, aku & Jaws menikmati spaghetti (buatan mamak) kat restoran mamak.

(dipetik dari catatan ‘Kisah Hari² Seorang Quey Crane Clack Di PTP, 2002’)

Bookmark and Share

Aktiviti Bawah Tanah part 2 :- The Man With The Golden Tooth

September 10th, 2006 by rodzahn-shinichi

Little_pasar_kl_underground(Tiada sangkut-paut dengan filem 007:- The Man With The Golden Gun)

Setelah aku menziarahi rumah kawan lama aku kat AU5, Lembah Keramat, aku pun balik. Aku balik pagi. Naik bas kat Zoo Negara, sampai la kat Kota Raya. Sampai KL, aku ronda² kejap kat Chinatown. Saja² ja, tengok banyak kedai kat situ tak buka lagi.

    Sedang aku jalan², aku terlihat satu aktiviti perniagaan kat satu lorong kecil, dekat² dengan Petaling Street. Nampak macam pasar tani, tapi agak “little”. Tak tahu pula aku bila kewujudan tempat ni. Aku kunjungi tempat ni.

       Hasil dari pilot survey aku, kebanyakan pengunjung mengunjungi tempat ni terdiri daripada lelaki, berumur antara 7 – 60 tahun (mungkin lebih). Perempuan pula, kebanyakan berumur 30 tahun ke atas. Tiada seorang pun pengunjung yang terdiri daripada gadis² remaja. Mungkin tempat sebegini tidak menarik pada pandangan mereka.

        Peniaga² pula, berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina, India, Indon, Laos, Kemboja dan lain² lagi. Orang putih & orang Africa ja takder. Macam² diorang jual. Dari barang² yang terbaru & terkini, hinggalah barang² antik. Dari barang² yang bernilai, hinggalah barang² yang takder nilai pun diorang jual. Barang² yang diorang jual seperti barang² keperluan, barang² peribadi diorang, barang² second-hand, barang² original & tak ori, barang² cetak-rompak, barang² seludup & barang² curi! Hampir semua peniaga jual barang mereka hanya beralaskan kain, kotak², atas jalan. Yang lain² jual atas meja kecil yang boleh dilipat.

        Aku cuma jalan² saja. Boleh dikatakan ramai jugalah pengunjung kat situ. Tengok gelagat orang dalam urusan tawar-menawar harga dengan peniaga. Barang² di situ tak lah menarik hati aku. Cuma aku tertarik pada jam tangan Rolex. Seorang brother menggosok² jam tangan Rolex tu. Fuh, memancar² kilatnya! Aku membelek² jam tangan tu. Jam tangan Rolex original, Swiss made, dibuat daripada emas putih! Aku cuba tanya harganya, kalau murah aku beli. “Seribu dik, abang jual, kalau kat kedai mau 8 ribu RM”, kata brother tu. “Seribu? Takperlah bang, saya takder cash”, kata aku.

        Seminggu selepas tu, aku datang lagi kat tempat tu. Saja ja. Aku pergi ke port brother yang jual jam Rolex original tu. Eh, dah takder? “Sudah dijual!” kata brother tu. Aku cuba bertanya, siapakah gerangannya yang beli, Melayu ke Cina? “Melayu, orang tua, katanya dari Gombak”, kata brother tu sambil tersengih, menampakkan gigi kapaknya berwarna kuning keemasan….

Bookmark and Share

Aktiviti Underground

September 7th, 2006 by rodzahn-shinichi

Naik bas & menunggu dalam bas sehingga bas dipenuhi penumpang. Teringat aku peristiwa lalu. Ketika itu, aku nak balik Kajang. Sedang aku menunggu dalam bas, seorang budak berpakaian lusuh, berkopiah sambil membawa buku². Dia memberikan setiap seorang penumpang bas buku² agama. Aku tidak terkecuali. Buku yang diberikan kat aku, Panduan Solat.

La…. buku ni aku dah ada. Buku ni aku dapat percuma masa orientasi pelajar² baru UiTM. Tak nak lah aku. Selepas menyerahkan buku² pada penumpang, budak itu pergi ke setiap penumpang & bertanya sama ada hendak beli atau tidak. Semuanya tak mau beli (termasuklah aku sekali). Bila budak tu datang kat aku, segera aku menyerahkan kembali buku itu & aku mengatakan aku dah ada buku tu kat rumah.

Agaknya dia marah sangat (sebab, semua orang tak nak beli), dia sound aku, “Tak nak beli bagilah sedekah!!!” Aku pun jawab, “Aku takder duit kecik la…. duit aku besar!” Bengang dengan kata² aku, dia pun berlalu, turun dari bas. Apa la…. jual benda yang sepatutnya diberi percuma. Dah tu, paksa orang bagi sedekah.

Seminggu selepas itu, budak tu aku tak nampak lagi kelibatnya. Mungkin dia minta sedekah kat tempat lain. Ketika aku jalan² cari baju kat Sg. Wang, aku singgah sebentar kat Pusat Hiburan Family, main game King of Fighters’98. Aku terlihat satu kelibat. La…. bedebah yang paksa aku bagi sedekah ada kat sini! Tukar port minta sedekah ke?

Bedebah hari tu, berlainan sungguh. Tak macam dulu, dressing smart, pakai branded, baju tuck-in. Agaknya bisness bedebah ni semakin maju (bisness memaksa orang bagi sedekah). Bedebah ni pergi ke kaunter penukaran coin, lepas tu pergi main game Daytona. Bergembira bedebah tu dengan konco²nya main game. Main game race kereta gaya macam Michael Schumacher. Nasib baiklah aku tak bagi “sedekah” kat bedebah ni…..

      

Bookmark and Share

Louis Saha Menyinar!

August 28th, 2006 by rodzahn-shinichi

Saha_2 Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah ibarat pepatah buat pasukan bolasepak Manchester United (MU). Pemergian penyerang antarabangsa Belanda, Ruud van Nistelrooy ke pasukan Real Madrid, tidak memberikan kesan ke atas barisan serangan MU. Sebaliknya, MU kini lebih berbangga dengan penggantinya, Louis Saha (foto), yang menyarung jersi no. 9.

Pembelian Saha dari kelab Fulham, nampaknya berbaloi dengan prestasi yang ditunjukkan. Pada perlawanan pertama English Premier League (EPL), pasukan MU telah membenam pasukan Fulham 5-1, di mana beliau turut menjaringkan gol (gol pertama), menerusi tandukan, hasil hantaran Wayne Rooney. Lain² gol dijaringkan oleh Rooney (2gol) & C.Ronaldo.

Penyerang antarabangsa Perancis itu semakin berbisa, apabila menjaringkan gol dalam perlawanan kedua, menentang pasukan Charlton. Belaiu begitu bijak sekali dalam mencari ruang memburu gol. Pasukan MU menang 3-0.

Prestasi yang memberangsangkan pasukan MU, yang dibarisi pemain² handalan dunia, dijangka memberikan tentangan sengit dalam kancah bolasepak England, benua Eropah mahupun dunia. Glory Man United!

Bookmark and Share

Email Berantai Untuk Aku.

August 20th, 2006 by rodzahn-shinichi

Individualization_1 Apakah maksud email berantai? Pada pemahaman aku, email berantai adalah email yang dihantar oleh si polan kepada si polan itu. Kemudian si polan tu rasa nak fowardkan email itu pada si polan yang lain. Si polan yang lain pulak nak forwardkan pada si polan² yang lain. Begitulah seterusnya.

Sebelum adanya email berantai, surat berantai pernah singgah dalam hidup aku. Waktu tu aku tingkatan 2. Surat ni, tengok cop pada setem, datangnya dari Sg. Lembing, Pahang. Aku tiada saudara di situ. Daripada siapa pengirimnya, tidak diketahui. Dari mana pengirim ni dapat alamat rumah aku? Dah tu, eja nama aku betul pulak tu! (Kebanyakan ramai yang salah eja nama aku).

Bila aku baca kandungannya, aku rasa tak sedap hati. Kandungan surat itu menyentuh tentang hari kiamat yang bakal menjelang tiba. Kandungan itu juga menyuruh siapa yang menerima surat ni, hendaklah membuat 20 salinan, kemudian  hantar kepada orang lain. Kalau tidak ikut arahannya, akan ditimpa musibah. Aku tidak mengikuti arahannya, sebaliknya aku tunjukkan pada ustazah aku kat sekolah. Ustazah aku mengatakan surat tersebut adalah dusta semata², & menasihati aku supaya tidak mengendahkannya. Aku menuruti nasihat ustazah aku.

Setahun selepas itu, aku terbaca akhbar; seorang peniaga kedai fotostat, ditahan polis atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu kepada orang awam. Peniaga tersebut membuat kesalahan itu, bagi mengaut keuntungan yang banyak; mengugut orang ramai supaya membuat salinan yang banyak untuk memberikan pada orang lain. Ceh, rupanya dia punya kerja. Tak guna punya warganegara!

Berbalik semula cerita tentang email berantai, dalam kandungannya ada yang baik, & sebaliknya. Aku meneliti email² yang masuk dalam inbox. Kandungan yang baik; iaitu ingat mengingati antara satu sama lain, kisah² untuk dijadikan pengajaran, tips² untuk kesihatan, cerita² lucu dan gambar² yang menarik. Biasanya aku save dalam thumbdrive, yang mana menarik.

Email berantai yang belum tentu sahih kebenarannya; menceritakan keburukan seseorang (selalunya golongan artis & orang² kenamaan). Aku cuma baca, kemudian aku delete. Aku tak mahu komen tentang email ni.

Email tentang cara² nak jadi kaya dengan cepat, aku baca juga. Begitu menarik sekali, hingga boleh untung melebihi RM 1 juta! Boleh percaya ke ni? Kalau betul, nak juga aku join. Nanti kalau kaya giler, bolehlah aku membeli roti kaya dengan banyak, tak pun aku buka kilang perusahaan roti kaya. Kuang kuang kuang!☺
   

Bookmark and Share

From Spain with …..?

August 15th, 2006 by rodzahn-shinichi

3dflagsdotcom_spnat_2fawl

Bila aku baca coretan “From Amsterdam with love” hasil nukilan Fandi dalam blognya, ter’refreshed’ aku pada tahun 2003, di mana ada seorang gadis manis dari Galicia, Sepanyol, nak jadikan aku sebagai pen friend dan juga ingin tahu tentang Malaysia. Gadis ni terjumpa email address aku kat website Shinchan.

Rasa bangga pula, bila ada orang asing dari benua Eropah nak jadikan aku sebagai pen friend. Ye la, kawan² aku semua orang tempatan. Ini merupakan satu pengalaman yang berharga dalam hidup aku.

Aku membalas emailnya, & menyatakan setuju untuk jadi pen friend. Aku juga mengatakan padanya aku ni penyokong team Real Madrid (sebenarnya aku ni sokong team Manchester United, kuang kuang kuang ☺). Dan aku pun ceritakan tentang aku dan Malaysia.  Aku juga tanya tentang dirinya dan negaranya.

Dia pun membalasnya. Dia  menceritakan tentang diri dan keluarganya; mixed-blood Cuba - Sepanyol, makanan favorite nya (ada yang tidak halal), hobi, tempat tinggalnya, tentang negara Sepanyol. Dia juga boleh bertutur dalam Spanish, English, French, Portuguese dan dialek daerah Galicia. Dan pada masa tu juga dia kata dia sedang sibuk study untuk exam kemasukan university.

Dia juga menyatakan amat kesali sikap president negaranya, yang menyatakan sokongan penuh terhadap president America, George Walker Bush dalam serangan terhadap Iraq. Aku pun sama, amat marah sekali dengan George W. Bush tu (semoga Allah melaknatinya). 

Selepas tu dia kata, dia sedang study dengan sungguh² kerana exam kali ni lebih sukar berbanding dengan yang lepas². Aku pun membalas, aku juga sibuk dengan kerja² studio.

Jatuh cinta? Tak lah, sekadar pen friend saja. Pen friend tapi mesra! (Kuang kuang kuang!) ☺

 

Bookmark and Share

James Bond returns…. (shake, but not stir!)

August 2nd, 2006 by rodzahn-shinichi

300px0071_2 Menentang kuasa jahat bukannya hanya tugas inspekstor & detektif. Beliau merupakan agent perisik MI-6 England, tugas utama ialah menentang pengganas & kumpulan penjenayah antarabangsa, beliau memiliki lesen No. 00…. lelaki itu bernama James Bond, gelarannya 007.

Berminat terhadap barangan cantik, pakaian, kasut serta rokok yang berjenama tetap. Beliau pandai memilih makanan & minuman keras (vodka martini), menguasai bahasa dengan baik, penuh dengan semangat kesukanan, handal main judi (judi tikam pun dia main; agaknyer ler…), pandai mengayat awex² cun, sememangnya seorang perisik yang hebat.   

Temannya yang terkuat dan berkuasa ialah MI-6, seorang ketua perlengkapan khas yang bernama “Q”. Setiap kali menghadapi bahaya, senjata² rahsia yang direka khas ini dapat menyelesaikan krisis dengan baik.

Filem terbaru James Bond, Casino Royale (lakonan Daniel Craig), dijangka berada di pawagam akhir tahun ini. Semua filem James Bond, dah aku tonton. Senarai filem² James Bond.

  1. Dr. No (1962, Sean Connery)

  2. From Russia with Love (1963, Sean Connery)
  3. Goldfinger (1964, Sean Connery)
  4. Thunderball (1965, Sean Connery)
  5. You Only Live Twice (1967, Sean Connery)
  6. On Her Majesty’s Secret Service (1969, George Lazenby)
  7. Diamonds Are Forever (1971, Sean Connery)
  8. Live and Let Die (1973, Roger Moore)
  9. The Man with the Golden Gun (1974, Roger Moore)
  10. The Spy Who Loved Me (1977, Roger Moore)
  11. Moonraker (1979, Roger Moore)
  12. For Your Eyes Only (1981, Roger Moore)
  13. Octopussy (1983, Roger Moore)
  14. A View to a Kill (1985, Roger Moore)
  15. The Living Daylights (1987, Timothy Dalton)
  16. Licence to Kill (1989, Timothy Dalton)
  17. GoldenEye (1995, Pierce Brosnan)
  18. Tomorrow Never Dies (1997, Pierce Brosnan)
  19. The World Is Not Enough (1999, Pierce Brosnan)
  20. Die Another Day (2002, Pierce Brosnan)
  21. Casino Royale (2006, Daniel Craig)
  22. Bond 22 (dalam penghasilan) (2008, Daniel Craig)

Dalam banyak² filem James Bond, filem On Her Majesty’s Secret Service (1969, George Lazenby), merupakan filem James Bond berakhir dengan adegan sedih. Ini kerana isteri James Bond terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas, yang tak puas hati dengan James Bond dan take revenge. Ketika itu James Bond dan isterinya nak pergi honeymoon. James Bond sedih sambil meratapi mayat isterinya. Aku pun turut sedih (tapi takder lar sampai menitiskan airmata). Lain² filem James Bond berakhir dengan adegan happy ending. Yela, misi dah tercapai!

007connery_1 George_lazenby_3 Roger_moore_1 Timothy_dalton_1 Piece_brosnan_1 Daniel_craig_1

Bookmark and Share

Rűhme Deutschland, felicitazione Azzuri!

July 10th, 2006 by rodzahn-shinichi

Michael_ballack_3 Rasanya hampir sebulan aku jadi burung hantu. Ini gara² penangan World Cup 2006,Germany. Malam berjaga tengok match bola, siang pulak aku main bola (main bola dalam mimpi). Akhirnya, pada kemuncak kejohanan, 9 Julai 2006, pasukan Itali telah memenangi World Cup 2006, setelah menewaskan pasukan Perancis, menerusi sepakan penalti 5-4, selepas terikat 1-1, (selepas waktu tambahan 30 minit). Felicitazione Azzuri, essayent encore Les Bleus!

Pasukan favorite aku, Germany menduduki tempat ke 3, setelah menewaskan team Portugal, 3-1. Aku amat mengkagumi team Jerman ini, rata² dibarisi dengan pemain muda. Rűhme Deutschland!

Second team favorite aku, pasukan kerdil dari benua Afrika, Togo (diharap dapat buat kejutan), tewas semua game di peringkat kumpulan. Takperlah, ini first time mereka beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Semangat Afrika dengan samba Afrika!

Team dari Asia? Satu pun aku tak sokong! Baik aku sokong Malaysia. Dirgahayu Malaysia! Aku harap pasukan Malaysia dapat beraksi di peringkat akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Nantikan kebangkitan pasukan Harimau Malaya. Dirgahayu Malaysia!

Bookmark and Share